20110204

Blog Terkini

Blog terkini Pusat Pendidikan Al Irshad di http://madrasahirshad.blogspot.com

20100414

Konvoi Viva GAZA 8 Mei 2010 Malaysia


KONVOI VIVA GAZA DAN PERHIMPUNAN PERDANA
Tarikh : 8 Mei 2010 (Sabtu)
Tempat : Stadium Melawati Shah Alam.

Usaha Yang Digerakkan Oleh Gabungan NGO-NGO Dunia Demi Membantu Gaza Yang Kini Dibina Tembok Sekelilingnya Untuk Membunuh Rakyatnya

Anjuran : http://www.lifeline4gaza.org/ & http://www.vivapalestinamapim.blogspot.com/

Rombongan kapal dari Turki akan bergerak memecahkan tembok maut Israel. Bermula dengan konvoi dari seluruh Malaysia ke Stadium Melawati Shah Alam pada 8 Mei 2010 dan pertengahan Mei akan masuk ke GAZA.

AYUH ! BEBASKAN MEREKA DARI TEMBOK MAUT ISRAEL !

KONVOI NASIONAL UNTUK GAZA anjuran Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM).

MAPIM adalah komuniti penyelaras bagi inisiatif Malaysia untuk pembebasan Palestin.

Sasaran penyertaan 1000 kenderaan dari seluruh Malaysia yang akan berkonvoi menuju ke Shah Alam.

Objektif program adalah sebagai tanda sokongan padu kepada umat Islam di GAZA, Palestin dan juga untuk memberi kesedaran kepada umat Islam seluruh dunia mengenai penjajahan Israel terhadap Masjid Al Aqsa.

Penyertaan parti politik, NGO Islam, jabatan kerajaan, masjid-masjid seluruh Malaysia dan individu-individu prihatin dalam konvoi ini dialu-alukan.

Maklumat lanjut hubungi 019-4747141

BEBASKAN GAZA DAN SELAMATKAN AL-AQSA !

20100318

KONSERT Gaza Palestin 26 Mac 2010 Shah Alam


LIFELINE 4 GAZA CONCERT – KONSERT TALIAN HAYAT UNTUK GAZA
Break The Siege – Pecahkan Kepungan

TARIKH : 26 Mac 2010 / Jumaat
LOKASI : Auditorium MBSA, Shah Alam, Selangor
MASA : 8.00mlm hingga 11.00mlm

PERSEMBAHAN ISTIMEWA :
SHOUTUL HAROKAH http://www.shoutulharokah.com/
MUADZ http://muadzseekinglight.blogspot.com/
KUMPULAN DAIE

HARGA TIKET: (Derma kepada Palestin)
Dewasa & Kanak-Kanak - RM10.00
VIP - RM30.00

VIP terbuka kepada sesiapa yang ingin tempat di hadapan pentas. Lelaki & Perempuan diasingkan.

Dapatkan tiket melalui wakil IPT masing-masing atau di kaunter tiket di pintu masuk auditorium pada 26 Mac nanti.

Sebarkan kepada rakan-rakan. SEMUA DIJEMPUT HADIR

Hubungi:
Urusetia KONSERT "LIFELINE 4 GAZA"
lifeline4gazahs@gmail.com
Sdr Khalid Al-Walid: 0197341984
Sdr Muhammad Zakiran Mahmud: 0199390304

Maklumat lanjut di http://www.lifeline4gaza.org/2010/03/12/konsert-lifeline-4-gaza-break-the-siege/

Lifeline 4 Gaza, or Talian Hayat Untuk Gaza as we read it in Bahasa Malaysia, is a collaborative effort between Malaysian NGOs to help resolving the humanitarian crisis in Gaza. Our eventual objective is to join international movements to break the illegal siege which has been imposed on Gaza the tyrant Zionist and its allies for some years. We are determined to send all those basic human needs that are grievely required by the entire Gaza population, by sending ships direct to their shores.

ANJURAN:
LIFELINE 4 GAZA http://www.lifeline4gaza.org/
HALUAN Palestin http://haluanpalestin.haluan.org.my/
HALUAN Siswa http://haluansiswa.haluan.org.my/
KARISMA-JIM http://www.karisma.jim.org.my/
MAWADDAH http://www.pertubuhanmawaddahmalaysia.blogspot.com/
& Gabungan NGO-NGO di Malaysia

20091120

EXPO Pendidikan Islam N.Sembilan 13 Dis 09

EXPO PENDIDIKAN ISLAM NEGERI SEMBILAN 09
Tempat : Masjid Bandar Baru Senawang
Hari : Ahad 13 Disember 2009
Masa : 9 pagi hingga 1 tengahari

Mana nak hantar anak tadika ? Sekolah rendah ? Lepas UPSR ? Lepas PMR ? Lepas SPM ?

OBJEKTIF EXPO
- Memaklumkan kepada masyarakat bahawa N.Sembilan mempunyai banyak institusi pendidikan Islam dari peringkat pra sekolah hinggalah ke peringkat pengajian tinggi
- Memberi penerangan kepada ibu bapa dan para pelajar akan peluang-peluang pendidikan Islam di N.Sembilan
- Mengadakan pusat sehenti maklumat berkenaan institusi pendidikan Islam di negeri ini
- Memudahkan pendaftaran para pelajar ke institusi pendidikan Islam dalam N.Sembilan

Expo ini adalah terbuka kepada orang ramai secara percuma dan juga penyertaan secara percuma oleh institusi pendidikan Islam seperti Tadika Islam, Sekolah Rendah dan Menengah Islam, Maahad Tahfiz, Sekolah Pondok dan Pusat Pengajian Islam yang lain.

Kepada pihak pengurusan institusi pendidikan Islam di Negeri Sembilan yang ingin turut serta dalam Expo ini pihak penganjur akan memberikan satu tapak berbumbung seluas 10 ka x 10 ka secara percuma (meja dan kerusi tidak disediakan).

Untuk maklumat lanjut sila hubungi , Rozmal bin Malakan , Setiausaha Surau dan Taman Alamanda Tel : 012-2267406 e-mel rozmal@yahoo.com

Tarikh tutup pendaftaran penyertaan institusi pendidikan Islam pada atau sebelum Sabtu 5 Disember 2009.

Anjuran : Surau Taman Alamanda

PENDAFTARAN PENYERTAAN
Sila isikan maklumat di bawah dan e-melkan ke rozmal@yahoo.com atau poskan ke :

Urusetia EXPO Pendidikan Islam N9
Jawatankuasa Surau dan Taman Alamanda
Peti Surat Surau Alamanda
Jalan 1, Taman Alamanda
70450 Senawang
N.Sembilan

Nama Institusi :
Alamat penuh :
No tel :
No fax :
E-mel :
Laman web :
Nama untuk dihubungi :
Jawatan :
No tel :

Adalah dengan ini kami mengesahkan untuk menyertai EXPO PENDIDIKAN ISLAM NEGERI SEMBILAN 09 pada 13 Disember 2009 di Masjid Bandar Baru Senawang

20090207

SAR perlu seimbangkan agama, kokurikulum

Sinar Harian 6 Feb 2009
LABU – Sekolah Agama Rakyat (SAR) diingatkan supaya menyeimbangkan sistem pendidikan sedia ada biarpun ia memberi kepentingan kepada pendidikan agama.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Luar Bandar, Hal Ehwal Pengguna dan Kemudahan Awam Negeri, Datuk Hasim Rusdi, berkata, SAR perlu berada di landasan sistem pendidikan sebenar dalam aspek pembelajaran dan pengajarannya.

Menurutnya, SAR adalah institusi pendidikan yang memberi tumpuan utama kepada ilmu agama berbanding perkara lain.

“Namun, ini bukan bermaksud mereka perlu meninggalkan yang lain dan hanya memberi tumpuan kepada aspek agama semata-mata,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Penerangan Pembangunan Pusat Pendidikan Al-Irshad dan Ramah Mesra Bersama Pemimpin Masyarakat dan Ibu bapa anjuran pihak sekolah berkenaan.

Hasim berkata, SAR perlu seimbangkan antara aspek kokurikulum dan ku-kurikulum dalam kalangan pelajarnya bagi melahirkan pelajar yang bukan sahaja cemerlang daripada segi sahsiah dan akademik malah bidang-bidang lain.

“Kita tidak pernah menafikan bahawa ilmu agama ini penting malah kita berharap agar dengan adanya pendidikan ini ia dapat melahirkan pelajar yang lebih bersahsiah.

“Bagaimanapun, apa yang mengecewakan apabila ada segelintir SAR beranggapan bidang lain tidak penting kepada pelajar,” katanya.

Beliau berkata, keadaan ini barangkali merupakan salah satu faktor menyebabkan ramai ibu bapa tidak berminat menghantar anak-anaknya ke SAR.

“Pendidikan agama ini penting, namun SAR perlu menilai dan meneliti kembali sistem pembelajaran dan pengajaran yang diamalkan agar ia tidak tersasar daripada matlamat pendidikan negara dan bersesuaian dengan kehendak semasa,” katanya.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story2417055.asp

20080317

MALAM BERSAMA MU PALESTIN

Ahad 23 Mac 2008
Jam 8 malam
Tempat : Pusat Pendidikan Al-Irshad , Batu 10, Jalan Labu – Nilai , Seremban
Penceramah : Dr Zainurrashid Zainuddin – Sukarelawan Aman Palestin

20080313

Jemputan ke Majlis Al-Irshad , Seremban 23 Mac

Muslimin dan muslimat semua dijemput hadir ke program berikut :

MAJLIS AL-IRSHAD
Ahad 23 Mac 2008
Tempat : Pusat Pendidikan Al-Irshad , Seremban

Jualan Amal Nasi Beriani 10 pagi – 2 petang
Sambutan Maulid Nabi 3 ptg – 5 ptg
Malam Bersama Palestin 8 malam – 11 malam

Maklumat lanjut hubungi Us Saifuddin 013-3991359

Anjuran :
PUSAT PENDIDIKAN AL-IRSHAD
Batu 10, Jalan Labu – Nilai
71900 Labu , Seremban , Negeri Sembilan
Tel/Faks : 06-7913721

20070923

Wakaf Al Irshad , Jaminan Bekalan Akhirat

Wakaf Al Irshad , Jaminan Bekalan Akhirat
No Rujukan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan MAINS : Bil (5) dalam BAIT-NS 10/97 Jld. 3

Pusat Pendidikan Al-Irshad dulu dikenali sebagai Sekolah Agama Rakyat Al-Irshad adalah sebuah institusi pendidikan swasta rendah dan menengah yang berdaftar dengan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan dan Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan beroperasi semenjak tahun 2002 di lokasi yang strategik iaitu persimpangan jalan utama Seremban-Labu-Nilai-KLIA.

Melalui draf perancangan pembangunan Al-Irshad dengan izin Allah sebuah kawasan kompleks pendidikan yang lengkap dengan infrastruktur pembelajaran dan sumber ekonomi sedang dibangunkan dengan tiga konsep, pertama sebagai pusat pendidikan pelbagai ilmu. Kedua sebagai pusat khidmat masyarakat majmuk dan ketiganya sebagai pusat nadi ekonomi umat Islam.

Objektif Waqaf Al-Irshad
* Menyuburkan amalan waqaf yang sangat dituntut oleh Islam
* Memberi ruang kepada khalayak Muslim menyertai ibadah waqaf
* Menyertai rancangan pembangunan dan pembiayaan Kompleks Pendidikan Al-Irshad yang moden dan selesa
* Mendidik semangat kerjasama khalayak Muslim berteraskan konsep Ukhuwwah Islamiah dalam aspek pendidikan dan ekonomi

Penyertaan Waqaf Al-Irshad
Waqaf Al-Irshad berkonsepkan waqaf melalui pembelian RM 60.00 sekaki persegi lot lantai bangunan Kompleks Pendidikan Al-Irshad iaitu dengan cara menyumbang minima RM 10.00 sebulan atau lebih secara berjadual dalam tempoh sekurang-kurangnya 6 bulan atau maksima 12 bulan dengan tujuan manfaatnya demi kepentingan dan kebajikan pendidikan umat Islam apabila terdirinya kompleks kelak.

Penyertaan boleh menggunakan borang yang disediakan. Pewaqaf boleh memilih beberapa kaedah berikut :
1. Waqaf 1 lot atau lebih secara tunai RM 60.00
2. Waqaf minima RM 10.00 dalam tempoh 6 bulan
3. Waqaf minima RM 10.00 dalam tempoh 12 bulan (2 lot)

Sumbangan waqaf melalui (Tunai/Cek/Wang Pos) atau masukkan ke akaun bank atas nama PUSAT PENDIDIKAN AL-IRSHAD akaun BIMB : 5058010003417

atau datang terus ke : PUSAT PENDIDIKAN AL-IRSHAD , Batu 10, Jalan Labu – Nilai , 71900 Labu , Seremban , Negeri Sembilan.
u/p Ustaz Shaifudin Haji Maulup , Tel/Faks : 06-7913721 / 013-3991359

*************************
“Kamu sekali-kali tidak akan mencapai kebajikan yang sempurna sehingga kamu menafkahkan harta yang kamu cintai ke jalan Allah. Dan apa jua yang kamu dermakan maka sesungguhnya Allah Maha mengetahui.” Surah Al Imran : ayat 92

“Apabila mati anak Adam, terputuslah amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang mendoakan kepadanya” . Hadith Riwayat Muslim

WAQAF IALAH SATU IBADAH
MENYERAHKAN HARTA YANG KITA MILIKI
UNTUK KEGUNAAN UMUM MASYARAKAT
DENGAN NIAT SEBAGAI IBADAH
MENDEKATKAN DIRI KEPADA ALLAH SWT

Fadilat Ibadah Waqaf
Waqaf juga dikenali sebagai sedekah jariah, para Ahli Fiqh berpendapat amalan waqaf adalah satu-satu ibadah yang berbentuk sedekah jariah yang menjanjikan ganjaran pahala yang berkekalan dan mengalir kepada pewaqaf hingga ke hari akhirat selagi harta tersebut kekal dan dimanfaatkan.

Amalan waqaf ini juga bukan hanya sebagai satu ibadah sahaja, malahan merupakan satu sistem yang berpotensi untuk menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat Islam melalui konsep PENGUMPULAN HARTA BERSAMA.

############################

RANCANGAN PEMBANGUNAN AL-IRSHAD

Rancangan Pembangunan Al-Irshad tertumpu kepada pembangunan jasmani, mental dan spiritual generasi muda Islam yang terzahir melalui akhlak, pemikiran dan ketaqwaan. Program Pusat Pendidikan Al-Irshad terbahagi kepada 3 peringkat pendidikan berteraskan metode pendidikan Islam antaranya :

1. Pendidikan dan Khidmat Peringkat Muda (usia 6 bulan – 12 tahun)
> Nurseri (Pusat Asuhan Anak-Anak) : 6 bulan – 3 tahun
> Kelas Didikan Kanak-Kanak (TASKI) : 3 – 5 tahun
> Kelas Pra-Sekolah Kebangsaan : 6 tahun
> Kelas Pra-Sekolah Agama Rakyat : 6 tahun
> Sekolah Agama Rakyat : 7 – 12 tahun
> Kelas Bimbingan Peperiksaan UPSR & UPKK : 10 – 12 tahun
> Kelas Bimbingan Kemahiran Bahasa : 9 – 12 tahun
> Kelas Hafaz Al Quran dan Hadith
> Kursus Motivasi dan Kecemerlangan
> Pembiayaan Kecemerlangan Pendidikan

2. Pendidikan dan Perkhidmatan Peringkat Remaja (usia 13 – 18 tahun)
> Kelas Hafaz Al Quran dan Hadith : 13 – 18 tahun
> Kelas Bimbingan Peperiksaan PMR dan SPM
> Kelas Seni Beladiri dan Kesihatan
> Kelas Kemahiran Kerjaya Tani, Ternak, Komputer & Berniaga
> Bimbingan Pemulihan Akhlak dan Ibadah
> Bimbingan Kepimpinan, Ceramah dan Pidato
> Pembiayaan Pendidikan ke IPTA/IPTS dalam & luar negara
> Perlindungan Anak-Anak Yatim dan Miskin

3. Pendidikan dan Perkhidmatan Peringkat Dewasa
> Pengajian kemahiran asas Al Quran dan hafazan
> Pengajian fardu ain berkitab
> Bimbingan talaqqi kitab dan Al Quran
> Kaunseling keluarga dan anak-anak
> Klinik kesihatan dan perubatan
> Kuliah Maghrib dan Subuh
> Qiyamullail dan Sambutan Syiar Islam
> Seminar, kursus dan program pembangunan insan
> Pemulihan akhlak dan ibadah serta kerjaya
> Perlindungan ibu tunggal, warga emas dan fakir miskin

“BERSAMA KAMI MEMPERTAHAN DAN MEMBANGUNKAN WARISAN BANGSA”